Kembara Umrah

MENGENAI KAMI

kembaraumrah1

PERJALANAN MENUJU ALLAH

Latar Belakang Kembara Umrah

Kembara umrah merupakan satu agensi yang menyediakan perkhidmatan umrah. Dengan tagline “Perjalanan Menuju Allah”, mereka menyediakan pakej umrah bajet mengikut kemampuan pelanggan. Kembara Umrah Sdn. Bhd didaftarkan di bawah Akta Syarikat Malaysia pada November 2012. Kembara Umrah juga telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai pengendali Pelancongan Dalam Negeri ( Inbound ), Pengendali Pelancongan Luar Negeri ( Outbound ) dan Perniagaan Agensi Pengembaraan.

Kembara Umrah Sdn. Bhd. ( KUSB ) beroperasi di alamat Lot PT 3287, Ground Floor, Chendering Heights, Mukim Chendering, 21080 Kuala Terengganu, dengan lembaga pengarah seramai 3 orang, serta kakitangan pengurusan seramai 4 orang. KUSB telah menaja Program Cinta Ilmu anjuran TV Al Hijrah pada tahun 2014 serta salah seorang penaja Program Dai’ 2014 dan 2015. Kami berharap Kembara Umrah Sdn. Bhd dapat terus berkembang maju disamping memberi perkhidmatan terbaik kepada para jemaah.

Misi

Misi utama kami adalah menyediakan perkhidmatan dan bimbingan umrah yang akan sentiasa diingati serta mengelakkan jemaah umrah tertipu dengan pengelola umrah yang tidak mempunyai lesen pengendali umrah yang sah.

Visi

Mengingatkan sesama manusia bahawa umrah bukan sahaja sebagai suatu ibadah semata mata tetapi juga sebagai satu titik perubahan untuk lebih menghayati setiap rukun islam dan rukun iman yang ada di dalam Agama Islam.

0
JEMAAH
0
TEMPAHAN
0
SAHABAT UMRAH

LATAR BELAKANG PENGASAS

Encik Shafie Bin Ismail merupakan pengasas kepada Kembara Umrah Sdn Bhd. Beliau menubuhkan Kembara Umrah Sdn Bhd dan menyediakan perkhidmatan dari segi tiket penerbangan umrah, hotel , visa , pengangkutan dan Servis di Mekkah & Madinah. Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Pemegang Saham Kip Structure Sdn Bhd ini , berpengalaman lebih dari 20 tahun dengan teras perniagaan pembinaan awam di seluruh Malaysia. Selain itu juga, beliau adalah Pemegang saham syarikat penerbangan Eagle Express Chartered Sdn Bhd. Syarikat penerbangan dari Malaysia yang menyediakan pesawat untuk Saudi Airlines & flynas untuk penerbangan umrah dan haji . Pemegang saham di syarikat Perintis Jingga Sdn Bhd .Wakil syarikat kepada Thamart Al Salih untuk Management & Operation di Mekkah & Madinah .

Syarikat Kembara Umrah

  • Untuk menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan yang berwawasan melalui sistem pentadbiran serta pengurusan yang sistematik kepada jemaah sama ada di dalam negara atau di luar negara.
  • UNTUK MENGEMBANGKAN LAGI RANGKAIAN SYARIKAT YANG MENAWARKAN PAKEJ-PAKEJ PELANCONGAN TERUTAMANYA PAKEJ UMRAH YANG MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA PELANGGAN DI SELURUH MALAYSIA.
  • UNTUK MENARIK JEMAAH DARI LUAR TERUTAMA SINGAPURA AGAR TERTARIK UNTUK MENYERTAI PAKEJ UMRAH MELALUI SYARIKAT PELANCONGAN MALAYSIA. INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEMASUKKKAN MATA WANG LUAR KE DALAM NEGARA
  • MENGHINDARKAN DARIPADA JEMAAH ATAU PELANCONG DITIPU OLEH SYARIKAT-SYARIKAT YANG TIDAK BERDAFTAR. DENGAN ITU MELEBARKAN CAWANGAN KE SETIAP NEGARI ADALAH CARA TERBAIK UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA INDIVIDU TERTENTU MENGGUNAKAN NAMA SYARIKAT UNTUK MEMPERDAYA JEMAAH ATAU PELANCONG YANG MANA BOLEH MEMBURUKAN IMEJ NEGARA.
  • OBJEKTIF KAMI JUGA ADALAH UNTUK MELUASKAN SERTA DAPAT MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT.
  • UNTUK MENARIK ANAK-ANAK MUDA AGAR BERMINAT UNTUK MENYERTAIKAN BIDANG PELANCONGAN TERUTAMANYA PERKHIDMATAN UMRAH DAN HAJI. 
Cart Item Removed. Undo
  • No products in the cart.